Kerajaan Malaysia mengutuk serangan bom trak yang telah berlaku di daerah Cizre di tenggara Wilayah Sirnak, Republik Turki pada 26 Ogos 2016. Serangan bom tersebut yang dilaporkan menyasarkan Polis Turki telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa serta mencederakan 78 orang.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut. Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Walaupun Cizre bukan lokasi utama yang dilawati oleh pelancong Malaysia, namun rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun berhasrat untuk mengadakan lawatan ke Turki hendaklah merujuk kepada panduan keselamatan yang disiarkan di laman sesawang Kementerian Luar Negeri.

Source: Ministry of Foreign Affairs of Malaysia